MINGGU ICT KEMENTAH

Pada setiap tahun Minggu ICT MinDef akan dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KEMENTAH dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti berkaitan ICT.

Pada tahun ini ianya dijadualkan berlangsung pada 18 Jun 13 hingga 20 Jun 13 bertempat di Foyer KEMENTAH namun telah ditangguhkan ke satu masa yang akan ditetapkan kemudian samada pada penghujung bulan September atau awal bulan Oktober 2013.

Pada Tahun 2012 Minggu ICT berlangsung pada 21 sehingga 23 Mei 2013 dengan tema "KESELAMATAN ICT TANGGUNGJAWAB BERSAMA". Tema pada tahun ini ialah Connected MinDef : Bring Your Own Device (BYOD) 1 Fenomena.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada Minggu ICT tersebut antaranya adalah pameran booth daripada agensi-agensi kerajaan dan juga swasta, antara yang mengambil bahagain ialah:-

  • Agensi Swasta
    • CYBER SECURITY MALAYSIA
    • SAPURA SECURED TECHNOLOGIES
    • MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEM SDN BHD (ASTRO)
    • YTL DIGITAL SDN BHD
    • MAXIS BHD
    • ALCATEL-LUCENT MALAYSIA SDN BHD
    • MAFICOMM RESOURCES SDN BHD
    • KOPERASI UNIKEB BERHAD
    • PTS BOOKCAFE SDN BHD
    • MAXVEC SDN BHD
    • HLA INTEGRATED SDN BHD
    • SOLARIS – SYMPHONY SDN BHD

  • Agensi Kerajaan
    • SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
    • TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM)
    • TENTERA LAUT MALAYSIA (TLDM)
    • TENTERA UDARA MALAYSIA (TUDM)
    • BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM) MINDEF
    • JABATAN LATIHAN DAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)
    • PERPUSTAKAAN MINDEF

Mej Jamaludin Bin Hassan (372722) daripada MTU-BTMK bertanggungjawab dalam menguruskan penyediaan dan penyertaan booth pada tahun ini.

Acara pertandingan juga diadakan antaranya ialah Pertandingan Merekacipta Laman Blog Berkenaan BYOD serta Pertandingan Kuiz Who Wants To Be An ICT Genius yang dianjurkan dan diselia oleh PUSTEKMA TD (Tentera Darat). Sebarang pertanyaan lanjut mengenai acara pertandingan sila berhubung melalui:-

Alamat:

Urusetia
Pertandingan Merekacipta Laman Blog Sempena Minggu ICT MinDef Tahun 2013
Pusat Teknologi Maklumat Tentera Darat
Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Faks PUSTEKMA TD: 03-26941419
E-mail: sanusi@mod.gov.my (Mej Mohd Sanusi bin Ibrahim)


Sumber:
Portal Mindef
Portal Tentera Darat Malaysia



0 comments:

Catat Ulasan