BYOD - Senarai Peranti (Device)

Antara peranti (device) yang dikategorikan dalam BYOD.

Trend BYOD di Malaysia

Trend BYOD di Malaysia Bahagian Pertama

Gabungan Logo daripada BYOD (credit fotolia.com) dan juga Logo 1 Malaysia

Trend BYOD di Malaysia

Trend BYOD di Malaysia Bahagian Kedua

Organisasi yang terlibat - HP Malaysia, SAMSUNG Malaysia Electronics, IKS, PKS dan ECS ICT Bhd.

HUT TUDM KE 55 TAHUN 2013

PENGUASAAN TEKNOLOGI TERAS KEUPAYAAN - Pelbagai acara rasmi telah dirangka seperti Majlis Tahlil dan Doa Selamat pada 29 Mei 13, Istiadat Perbarisan pada 7 Jun 13, Khutbah Jumaat pada 7 Jun 13 dan Majlis Makan Beradat pada 15 Jun 13.

JTMK - Sekarang dikenali sebagai BTMK

Dikenali sebagai JTMK (Jabatanarah) dan kemudiannya ditukar menjadi CTMK (Cawang) sebelum kekal menjadi BTMK (Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi) pada tahun 2011 dibawah pimpinan AKS KOMLEK.

Khamis, 30 Mei 2013

BYOD - Senarai Peranti (Device)

BYOD - Senarai Peranti (Device)
Antara peranti (device) yang dikategorikan dalam BYOD.
Telefon Pintar (Smartphone)




Telefon pintar merupakan telefon bimbit yang direkacipta menggunakan sistem operasi (OS - Operating System) mudah alih, dengan berkeupayaan pengkomputeran dilengkapi dengan penyambungan perhubungan yang lebih maju malah lebih daripada sekadar telefon mudah alih biasa. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang khusus untuk membangunkan aplikasi (apps).

Telefon pintar yang pertama menggabungkan fungsi pembantu peribadi digital (PDA - Personal Digital Assistant) dengan telefon bimbit. Kemudian model tersebut diubahsuai dengan penambahan fungsi seperti pemain media mudah alih, kamera digital kompak (low-end), video kamera saku, dan Navigasi GPS (Global Positioning System) bagi membentuk satu peranti pelbagai guna.

Kebanyakan telefon pintar moden termasuk touchscreens dengan resolusi tinggi dan pelayar web (web browser) yang memaparkan laman web standard serta laman web versi mudah alih (mobile). Akses data berkelajuan tinggi melalui pengunaan Wi-Fi dan jalur lebar (broadband) mudah alih. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran aplikasi mudah alih dan pembelian dan penjualan aplikasi (apps) mudah alih menjadi semakin pesat malah menjadi pemacu terhadap penggunaan telefon pintar.


Tablet (iPad, Tab)

Tablet adalah peranti mudah alih kini yang berkuasa dan paling berpengaruh dalam meningkatkan produktiviti atas talian sama ada untuk kegunaan perniagaan ataupun dalam kehidupan seharian. Saiznya (7 inci (18 cm) atau lebih besar, diukur secara menyerong) lebih kecil daripada komputer riba dan lebih besar daripada telefon pintar (Smartphone), tablet amat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Pengguna tablet boleh melayari internet, membuat dan berkongsi slaid persembahan, persidangan video dengan pelanggan, terus berhubung malalui e-mel korporat, muat turun e-book, permainan dan video, menonton filem, berkongsi foto malah banyak lagi yang boleh dilakuakn dengan tablet.

Android atau Apple? Apakah Sistem Operasi untuk Tablet?
Ciri penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tablet adalah sistem operasinya (Operating System) atau dikenali sebagai ‘platform’. Buat masa kini terdapat tiga pilihan yang ada iaitu Android, BlackBerry dan Apple (iOS).

Sistem Operasi merupakan rangka kerja dan antara muka bagi sesebuah tablet, dan ia menggambarkan pengalaman yang akan pengguna perolehi apabila berinteraksi dengan tablet tersebut. Amatlah penting dalam mempertimbangkan dengan teliti dan lebih berhati-hati bagi memastikan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan bersesuaian agar sistem yang dipilih dapat mengendalikan arahan-arahan serta tugas-tugas sebagaimana yang diinginkan.


3G, 4G atau Wi-Fi?
3G dan 4G adalah sambungan pilihan lain yang membolehkan pengguna melayari melalui rangkaian telefon selular. Anda akan mendapati akses tersebut amat berguna untuk mana-mana aplikasi yang berkaitan dengan fungsi GPS, seperti peta. Namun bayaran tambahan akan dikenakan untuk jenis sambungan ini daripada pembekal tanpa wayar (wireless) anda.


Wi-Fi adalah ciri sambungan standard bagi semua tablet. Sambungan Wi-Fi membolehkan pengguna tablet untuk memaksimumkan penggunaan atas talian yang mana ianya membolehkan akses pada web sekiranya terdapat isyarat Wi-Fi di rumah, di tempat kerja, pusat membeli-belah, restoran-restoran, kedai-kedai kopi dan banyak lagi.


Hayat Bateri
Bergantung kepada cara penggunaan tablet tersebut, hayat bateri akan mempengaruhi pilihan dalam memilih tablet kerana ciri-ciri ini sangat berbeza diantara setiap tablet. Banyak perkara yang boleh diklasifikasikan dalam menjejaskan hayat bateri antaranya kekerapan mengecaj bateri, tugas-tugas yang melibatkan penggunaan jalur lebar, kelajuan pemproses, resolusi skrin dan kecerahan pada setting. Sambungan pada internet juga dipercayai mengurangkan jangka hayat bateri lebih cepat daripada Wi-Fi.


Komputer Riba (Laptop)

Komputer riba adalah sebuah komputer peribadi untuk kegunaan mudah alih. Komputer riba dilengkapi dengan komponen yang sama seperti komputer desktop, termasuk paparan, papan kekunci, peranti menunjuk seperti touchpad (juga dikenali sebagai trackpad) atau kayu penunjuk (pointing stick) dan pembesar suara di dalam satu unit.

Komputer riba dijanakan menggunkan kuasa elektrik melalui penyesuai AC (AC adapter) ia juga boleh berfungsi dengan menggunakan bateri cas semula (rechargeable battery). Komputer riba juga dikenali sebagai notebook computers, notebooks, ultrabooks atau netbooks.

Komputer mudah alih ini asalnya berasaskan monokrom CRT (cathode ray tube) dan dibangunkan menjadi komputer riba moden yang hanya fokus pada pasaran kecil yang khusus dan kebanyakan aplikasi yang dibangunkan adalah untuk kegunaan tentera, akauntan dan wakil jualan sahaja.

Pada hari ini komputer mudah alih menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan skrin menjadi lebih besar dan lebih berkualiti, komputer riba kini menjadi keperluan kepada semua peringkat daripada pelajar seinggalah kepada pekerja-pekerja bidang profesional dan digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan.



Sumber Gambar:-
Telefon Pintar (Smartphone)
Tablet (iPad, Tab)
Komputer Riba (Laptop)

Sumber Informasi :-
Telefon Pintar (Smartphone)
Tablet (iPad, Tab)
Komputer Riba (Laptop)


SAMBUTAN HUT TUDM KE – 55 TAHUN 2013

SAMBUTAN HUT TUDM KE – 55 TAHUN 2013


Logo Sambutan HUT TUDM Ke 55

Pangkalan Udara Kuantan telah diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi sambutan perbarisan mengarak Panji-Panji Skn sempena HUT pada tahun ini. Komander PU Kuantan iaitu Brig Jen Dato’ Hj Mohamad Salleh bin Hj Osman TUDM merupakan mantan Pengarah BTMK (Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi) sebelum tugas beliau diambil alih oleh Kol Hj Saadon Bin Hasnan TUDM.

Sebagimana yang dinyatakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM semasa sidang media pada 29 Mei 2013 (Rabu) yang lepas, tema sambutan Hari Ulang Tahun pada tahun ini adalah “Penguasaan Teknologi Teras Keupayaan” yang bermaksud menguasai sesebuah teknologi adalah merupakan elemen yang terpenting bagi memastikan sesebuah organisasi itu berupaya untuk melaksanakan peranannya dengan efektif dan efisyen.


Program-program Sempena HUT TUDM Ke 55:-

9 Mei 13 : Program Derma Darah Sempena HUT TUDM Ke 55 di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Kuching.


29 Mei 13 : Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil Sempena HUT TUDM Kali Ke 55

Istiadat Perbarisan pada 7 Jun 13

Khutbah Jumaat pada 7 Jun 13

Majlis Makan Beradat pada 15 Jun 13


Program-program yang melibatkan media dan Pegawai-Pegawai Kanan TUDM serta Pengerusi Jemaah tertinggi BAKAT Udara antaranya ialah:-

28 Mei 13 : Temuramah Wartawan Utusan Malaysia Bersama Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, YBhg Puan Sri Datin Sri Asnah binti Din

28 Mei 13 : Temubual Stesen Radio Traxx FM Bersama Pegawai TUDM bersama Mej Ryan Mckeith Stevenson TUDM dan Mej Lua Pei Ting TUDM

29 Mei 13 : Temubual Stesen Radio Minnal.fm Bersama Pegawai TUDM bersama Mej Saravana Kumar a/l Veerakumaran TUDM


29 Mei 13 : Rancangan Selamat Pagi 1Malaysia Bersama Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abd Samad TUDM


5 Jun 13: Temubual Stesen Radio Pahang.fm Bersama Pegawai TUDM


Penerangan lebih mendalam mengenai logo dan tema sambutan HUT ke 55 TUDM sila klik sini.

Semoga tema sambutan HUT ke 55 tahun ini akan memberikan impak kepada seluruh anggota dan kakitangan awam BTMK agar lebih bersemangat dan berdedikasi dalam melaksanakn tugas harian.



Sumber:
Berita - TUDM
Facebook - Airforce Next Generation

PESTA KAAMATAN 'TADAU DO KAAMATAN'

PESTA KAAMATAN

Tadau Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi atau pesta menuai dan disambut di Sabah dan Labuan. Perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai dan permulaan musim bagi baru.

Kebiasaanya pesta ini disambut oleh kaum Kadazan dan Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik. Sungguhpun begitu Pesta Kaamatan juga disambut meriah oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan yang dirayakan sehingga ke hari ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei.

Kemuncak sambutan perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"



Finalis Unduk Ngadau 2013

UNDUK NGADAU

Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.

Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang.

Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada perayaan Tadau Kaamatan.


SEMANGAT PADI

Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa sumber kepada kehidupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.



Sumber:
Jabatan Penerangan Malaysia
BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH
Wikipedia - Unduk Ngadau


Gambar:
Mummy Nemo

Sabtu, 25 Mei 2013

MINGGU ICT KEMENTERIAN PERTAHANAN 2013

MINDEF MINGGU ICT 2013

Coming all the way this coming Jun 18 till 20th. It's been a year since the last time I've attend it. Proudly to brag that MTU - BTMK (SPKB R5 Booth) have won 3rd place for "Beautiful Booth" category. Will there be any luck for TUDM booth (Arkib TUDM) this year, we will have to wait and see for that.


Event will be held at Wisma KEMENTAH Foyer and also Auditorium during the ICT week. I can't promise I'll be there all the time but I will be there (>.<).





*THIS WRITTEN ON 6TH JUN 2013

I've just received an offer letter (Surat Tawaran) to attend a course organize by BPSM (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Cawangan Latih Kementah. Course will be held in Harbour View Hotel in Kuching, Sarawak. It should be on 10 - 13 Jun.

I have no idea why the date suddenly change to 17 till 20th Jun.

I guess I wouldn't be able to attend Mindef ICT Week after all.






Picture Source:
momentlyndz.blogspot.com

Khamis, 23 Mei 2013

BYOD - Definasi dan Perspektif Peribadi

"APAKAH YANG DIMAKSUKAN DENGAN BYOD?"


Bawa alat atau peranti anda sendiri (BYOD) adalah satu strategi alternatif yang membenarkan pekerja, rakan kongsi perniagaan dan pengguna lain untuk menggunakan peranti peribadi yang dibeli sendiri untuk mengakses aplikasi dan juga data yang ada dalam syarikat. Biasanya, peranti yang dimaksudkan adalah telefon pintar dan tablet, dan juga meliputi PC serta komputer riba.


SEJARAH AWAL

Fenomena baru ini sebenarnya sudah lama diperkenalkan oleh INTEL pada tahun 2009 namun gelombangnya hanya mula dirasai sekitar awal tahun 2011 apabila pembekal perkhidmatan IT Unisys dan vendor perisian VMware dan Citrix Systems mula berkongsi persepsi terhadap tren baru ini.



PERATUSAN KELAZIMAN PENGGUNAN PERANTI MUDAH ALIH

Pada 2012 kelaziman penguunaan BYOD di Timur Tengah sahaja mencecah kira-kira 80% daripada amalan di seluruh dunia. Menurut penyelidikan dari Logicalis yang berpusat di UK, pasaran pertumbuhan tinggi (termasuk Brazil, Rusia, India, UAE, dan Malaysia) menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk menggunakan peranti mereka sendiri di tempat kerja. Hampir 75% daripada pengguna di negara-negara terbabit berbuat demikian, berbanding dengan 44% dinegara pasaran maju.

Sumber :- Gartner.com



PERSPEKTIF

Pendekatan daripada fenomena BYOD ini sememangnya akan menguntungkan syarikat/organisasi dari segi kos pembelian, anti virus dan kos baik pulih peranti mudah alih kerana ia ditanggung sendiri oleh pemilik peranti tersebut. Namun sejauh manakah sesuatu organisasi itu mampu untuk memantau, mengawal dan meletakkan polisi untuk dipatuhi bagi mengelakkan sebarang risiko terutamya kebocoran data daripada berlaku. Ini akan saya ulaskan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.