Khamis, 30 Mei 2013

BYOD - Senarai Peranti (Device)

BYOD - Senarai Peranti (Device)
Antara peranti (device) yang dikategorikan dalam BYOD.

Telefon Pintar (Smartphone)




Telefon pintar merupakan telefon bimbit yang direkacipta menggunakan sistem operasi (OS - Operating System) mudah alih, dengan berkeupayaan pengkomputeran dilengkapi dengan penyambungan perhubungan yang lebih maju malah lebih daripada sekadar telefon mudah alih biasa. Ia juga menggunakan sistem pengendalian yang khusus untuk membangunkan aplikasi (apps).

Telefon pintar yang pertama menggabungkan fungsi pembantu peribadi digital (PDA - Personal Digital Assistant) dengan telefon bimbit. Kemudian model tersebut diubahsuai dengan penambahan fungsi seperti pemain media mudah alih, kamera digital kompak (low-end), video kamera saku, dan Navigasi GPS (Global Positioning System) bagi membentuk satu peranti pelbagai guna.

Kebanyakan telefon pintar moden termasuk touchscreens dengan resolusi tinggi dan pelayar web (web browser) yang memaparkan laman web standard serta laman web versi mudah alih (mobile). Akses data berkelajuan tinggi melalui pengunaan Wi-Fi dan jalur lebar (broadband) mudah alih. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran aplikasi mudah alih dan pembelian dan penjualan aplikasi (apps) mudah alih menjadi semakin pesat malah menjadi pemacu terhadap penggunaan telefon pintar.


Tablet (iPad, Tab)

Tablet adalah peranti mudah alih kini yang berkuasa dan paling berpengaruh dalam meningkatkan produktiviti atas talian sama ada untuk kegunaan perniagaan ataupun dalam kehidupan seharian. Saiznya (7 inci (18 cm) atau lebih besar, diukur secara menyerong) lebih kecil daripada komputer riba dan lebih besar daripada telefon pintar (Smartphone), tablet amat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Pengguna tablet boleh melayari internet, membuat dan berkongsi slaid persembahan, persidangan video dengan pelanggan, terus berhubung malalui e-mel korporat, muat turun e-book, permainan dan video, menonton filem, berkongsi foto malah banyak lagi yang boleh dilakuakn dengan tablet.

Android atau Apple? Apakah Sistem Operasi untuk Tablet?
Ciri penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tablet adalah sistem operasinya (Operating System) atau dikenali sebagai ‘platform’. Buat masa kini terdapat tiga pilihan yang ada iaitu Android, BlackBerry dan Apple (iOS).

Sistem Operasi merupakan rangka kerja dan antara muka bagi sesebuah tablet, dan ia menggambarkan pengalaman yang akan pengguna perolehi apabila berinteraksi dengan tablet tersebut. Amatlah penting dalam mempertimbangkan dengan teliti dan lebih berhati-hati bagi memastikan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan bersesuaian agar sistem yang dipilih dapat mengendalikan arahan-arahan serta tugas-tugas sebagaimana yang diinginkan.


3G, 4G atau Wi-Fi?
3G dan 4G adalah sambungan pilihan lain yang membolehkan pengguna melayari melalui rangkaian telefon selular. Anda akan mendapati akses tersebut amat berguna untuk mana-mana aplikasi yang berkaitan dengan fungsi GPS, seperti peta. Namun bayaran tambahan akan dikenakan untuk jenis sambungan ini daripada pembekal tanpa wayar (wireless) anda.


Wi-Fi adalah ciri sambungan standard bagi semua tablet. Sambungan Wi-Fi membolehkan pengguna tablet untuk memaksimumkan penggunaan atas talian yang mana ianya membolehkan akses pada web sekiranya terdapat isyarat Wi-Fi di rumah, di tempat kerja, pusat membeli-belah, restoran-restoran, kedai-kedai kopi dan banyak lagi.


Hayat Bateri
Bergantung kepada cara penggunaan tablet tersebut, hayat bateri akan mempengaruhi pilihan dalam memilih tablet kerana ciri-ciri ini sangat berbeza diantara setiap tablet. Banyak perkara yang boleh diklasifikasikan dalam menjejaskan hayat bateri antaranya kekerapan mengecaj bateri, tugas-tugas yang melibatkan penggunaan jalur lebar, kelajuan pemproses, resolusi skrin dan kecerahan pada setting. Sambungan pada internet juga dipercayai mengurangkan jangka hayat bateri lebih cepat daripada Wi-Fi.


Komputer Riba (Laptop)

Komputer riba adalah sebuah komputer peribadi untuk kegunaan mudah alih. Komputer riba dilengkapi dengan komponen yang sama seperti komputer desktop, termasuk paparan, papan kekunci, peranti menunjuk seperti touchpad (juga dikenali sebagai trackpad) atau kayu penunjuk (pointing stick) dan pembesar suara di dalam satu unit.

Komputer riba dijanakan menggunkan kuasa elektrik melalui penyesuai AC (AC adapter) ia juga boleh berfungsi dengan menggunakan bateri cas semula (rechargeable battery). Komputer riba juga dikenali sebagai notebook computers, notebooks, ultrabooks atau netbooks.

Komputer mudah alih ini asalnya berasaskan monokrom CRT (cathode ray tube) dan dibangunkan menjadi komputer riba moden yang hanya fokus pada pasaran kecil yang khusus dan kebanyakan aplikasi yang dibangunkan adalah untuk kegunaan tentera, akauntan dan wakil jualan sahaja.

Pada hari ini komputer mudah alih menjadi lebih kecil, ringan, murah, lebih berkuasa dan skrin menjadi lebih besar dan lebih berkualiti, komputer riba kini menjadi keperluan kepada semua peringkat daripada pelajar seinggalah kepada pekerja-pekerja bidang profesional dan digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan.



Sumber Gambar:-
Telefon Pintar (Smartphone)
Tablet (iPad, Tab)
Komputer Riba (Laptop)

Sumber Informasi :-
Telefon Pintar (Smartphone)
Tablet (iPad, Tab)
Komputer Riba (Laptop)


0 comments:

Catat Ulasan