Isnin, 3 Jun 2013

TREND BYOD DI MALAYSIA - Bahagian Kedua

Pengaruh BYOD tidak hanya tertumpu pada syarikat-syarikat beteraskan IT sahaja, kini ia menular ke segenap lapisan industri di Malaysia. PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) kini membenarkan pekerjanya membawa peranti sendiri seperti komputer riba (laptop) dan tablet untuk mengakses kerja pejabat. Kesempatan ini diambil oleh HP Malaysia dengan mengeluarkan peranti yang mampu menghubungkan ramai pengguna untuk mengakses internet dalam satu masa serentak malah terjamin keselamatannya.

Menurut Raymond Ooi iaitu Pengurus Rangkaian Komputer Hewlett Packard Malaysia (Networking Country Manager), trend BYOD memerlukan pengurusan internet yang cekap dan efisien. Beliau juga menyatakan bahawa konfigurasi capaian internet dan titik capaian (access point) perlu serasi manakala keselamatan BYOD menerusi WiFi perlu dikawal.


Raymond Ooi memegang HP M220


HP M220 802.11n (Access Point Series)

Berdasarkan trend BYOD yang semakin menular di Malaysia, HP memperkenalkan peranti titik capaian jenis HP M220 yang mudah diurus dan berkos efektif sesuai untuk IKS di Malaysia. Tidak hanya fokus kepada pasaran IKS (Industri Kecil dan Sederhana), peranti keluaran HP ini juga mensasarkan pada pengusaha kafe, restoran dan peruncitan yang menawarkan WiFi kepada pelanggan mereka dengan kawalan keselamatan terjamin.


Setakat hari ini hanya beberapa organisasi swasta dan kerajaan yang mendedahkan bahawa penggunaan BYOD telah dipraktikkan dalam menjalankan tugas harian warga kerjanya. Dijangkakan akan ramai lagi organisasi yang akan turut serta mengamalkan trend ini di pejabat khususnya Kementerian Pertahanan. Ia sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos pengeluaran gadget terbaru dan pelupusan gadget yang sudah ketinggalan zaman.



Sumber:-
Info
Harian Metro


Gambar
hardwarezone.com
HP M220-802.11n (Access Point Series)

0 comments:

Catat Ulasan