Ahad, 9 Jun 2013

CABARAN UTAMA BYOD

CABARAN UTAMA DALAM PELAKSANAAN BYOD

Membawa sendiri peranti mudah alih (BYOD) merupakan satu fenomena yang sebenarnya boleh mengganggu gugat urusan seharian sesebuah syarikat/organisasi apabila pekerja atau kakitangannya membawa sendiri sebarang peranti bersama perisian yang bukan kepunyaan syarikat/organisasi kemudian menghubungkan peranti tersebut menggunkaan saluran (internet, LAN, WAN) syarikat/organisai - tanpa rasa akauntibiliti dan juga pengawasan.

Tahukah Anda?
70% daripada pekerja profesional mudah alih akan menjalankan kerja mereka menggunakan peranti pintar milik peribadi menjelang 2018.

BYOD memaksa syarikat/organisai berhadapan dengan 3 cabaran utama operasi iaitu:-


1. TADBIR URUS DAN PEMATUHAN (GOVERNANCE & COMPLIANCE)

BYOD akan menyebabkan pekerja/kakitangannya melanggar undang-undang, polisi/dasar, hak intelektual dan lain-lain keperluan dalam sesuatu pekerjaan atau perniagaan pada keadaan yang kritikal. Beberapa cadangan daripada Gartner boleh dipertimbangkan untuk membantu agar perjalanan operasi organisasi dan perniagaan syarikat berjalan dengan lancar.

Amalan terbaik :
Pengurusan Berganda - Menetapkan terma baru iaitu hanya membenarkan sekurang-kurangnya 3 peranti, mungkin sehingga 4 atau 5 sahaja. BYOD tidak bermaksud bahawa syarikat/organisasi menyekat & berhenti menyokong pengguna membawa peranti sendiri ke pejabat. Namun adalah lebih baik jika pihak atasan sendiri yang mengeluarkan kenyataan (memo atau surat pekeliling) bahawa mereka boleh melakukan kerja-kerja pejabat daripada sistem/peranti peribadi.

Persoalannya :
Mampukah meja bantuan (help desk) bersedia untuk menangani sebarang isu yang bakal timbul dengan kepelbagaian jenis peranti yang digunakan oleh pekerja/kakitangan syarikat/organisasi?

Risiko :
Bagaimana nanti syarikat/organisasi akan menangani masalah kebocoran data (data leakage)?
Bagaimana untuk mengelakkan atau menghentikan sebarang bencana daripada berlaku?
Bagaimana untuk menjawab soalan-soalan daripada juruaudit jika maklumat syarikat/organisasi dikompromi secara terbuka?

Mengawal :
Apakah tahap risiko yang boleh syarikat/organisasi elakkan dan adakah usaha itu akan menggangu gugat peengalaman dan juga produktiviti kerja perkerja/kakitangannya?



2. PENGURUSAN PERANTI MUDAH ALIH (MOBILE DEVICE MANAGEMENT)

Amatlah perlu untuk menguruskan jangkaan perkembangan tenaga kerja yang semakin meningkat di sekitar mobiliti atau mudah alih. Perkerja/Kakitangan menggunakan pelbagai peranti dan mereka mengharapkan untuk menggunakan mana-mana peranti atau aplikasi tersebut pada bila-bila masa di mana sahaja.

Apakah startegi yang akan syarikat/organisasi gunakan untuk menguruskan pencerobohan pada peranti mudah alih? Perlu bagi syarikat/organisasi membantu menguruskan kos dan risiko, memenuhi matlamat syarikat/organisasi dalam masa yang sama memastikan pekerja/kakitangan mereka gembira. Satu arahan yang amat rumit untuk dilaksanakan. Namun jangan sesekali membiarkan permintaan tenaga kerja mobiliti mengatasi keupayaan syarikat/organisasi.

Jangkaan daripada pengguna :
Kini segalanya lebih berpihak pada Pengguna IT. Bolehkah syarikat/organisasi mencari jalan untuk menetapkan peraturan bagi konfugirasi BYOD tanpa mengecewakan pengguna yang mempraktikkanya?


Kos :
Berapa banyak wang yang perlu syarikat/organisasi sediakan untuk pelaburan IT baru bagi menyokong program-program BYOD?
Bagaimana pula kawalan terhadap kos tersebut?

Alat :
Cara yang fleksible untuk semua. Adakah alat yang ada diluar sana didapati boleh untuk menguruskan dan menjamin aset-aset maklumat syarikat/organisasi dibawah program BYOD?
Berapa banyak alat yang diperlukan?
Bolehkan syarikat/organisasi mengitar semula semua alatan PC (personal computer)?
Perlukah mengambil jalan keluar dengan mengamalkan "honor system"?

*"Honor system" atau sistem kejujuran adalah cara falsafah dalam menjalankan pelbagai usaha berdasarkan kepercayaan, kehormatan, dan kejujuran. Sesuatu yang beroperasi di bawah pemerintahan "honor system" biasanya sesuatu yang tidak dikuatkuasa dengan tegas atau ketat yang mengawal prinsip-prinsipnya. Dalam bahasa Inggeris British, ia kerap dipanggil "trust system" dan tidak harus dikelirukan dengan sistem Kepujian British (British honours system).

"Honor system" satu sistem yang memberikan kebebasan dari pengawasan biasa (untuk pelajar atau banduan) dengan pemahaman bahawa mereka dibebaskan akan terikat dengan kehormatan mereka untuk berpegang pada peraturan-peraturan (contohnya ladang-ladang penjara (USA) dikendalikan di bawah sistem penghormatan), dan oleh itu mereka tidaklah boleh menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberikan.

(sumber Wikipedia)



3. KESELAMATAN (SECURITY)
Sekiranya dibiarkan tanpa diurus, BYOD boleh membawa kepada kehilangan kawalan, memberi kesan kepada rangkaian yang sedia ada malah boleh menyebabkan kehilangan data. Syarikat/Organisasi memerlukan strategi hak akses pada rangkaian dan juga polisi/dasar yang jelas untuk melindungi persekitaran kerja di tempat kerja.

Kunci utama kepada penggunaan peranti mudah alih yang selamat adalah dengan mempunyai pengurusan peranti yang baik dan cekap.
Bagaimanakah untuk mendapatkan persekitaran kerja yang selamat?
Berapa banyakkah pengurusan yang dikategorikan sebagai mencukupi?

Kebocoran Data :
Kehilangan maklumat sensitif sudah pasti akan berlaku. Bagaimana untuk memastikan bahawa data syarikat/organisasi berada ditempat yang betul pada masa yang betul, sudahkan ia disulitkan (encrypted)? dan adakah maklumat dihapuskan mengikut peratuaran yang telah ditetapkan oleh syarikat/organisasi?

Perlindungan Rangkaian :
Patch dikeluarkan, identiti dan pengurusan audit serta banyak lagi.
Apakah kawalan akses yang perlu untuk memastikan peranti manakah yang boleh membuka VPN (Virtual private network) atau disambungkan pada WiFi syarikat/organisasi?
Adakah dibolehkan meletakkan peranti yang tidak terurus dengan lengkap bebas berada dalam LAN (Local Area Network) syarikat/organisasi?

Peranti Dicuri :
Peranti mudah alih amat mudah untuk hilang. Statistik kehilangan dan kecurian amatlah tinggi dan ianya tidak terhad pada mereka yang kerap melancong sahaja. Peranti yang dicuri tersebut berada pada risiko sekiranya kata laluan (password) agak lemah dan juga sistem perlindungan OS (Operating System) yang mudah diceroboh.


Cabaran-cabaran yang dinyatakan oleh Gartner lebih kepada persekitaran kerja di Amerika Syarikat, namun adalah tidak mustahil untuk diamalkan di Malaysia. Sedikit pengubahsuaian boleh dibuat mengikut cara kerja, situasi dan keadaan semasa syarikat/organisasi masing-masing. Persoalannya, mampukah Malaysia mengamalkan sistem kerja terbuka amalan BYOD namun menyekat sedikit kebebasan fungsi kepenggunaan peranti mudah alih pekerja/kakaitanganya?





Artikel ini diambil dari laman web GARTNER dan diterjemah sepenuhnya mengikut kefahaman Admin - Nor Fitri Bakri

0 comments:

Catat Ulasan