Ahad, 9 Jun 2013

KATEGORI BYOD DI SYARIKAT/ORGANISASI

KATEGORI BYOD DI SYARIKAT/ORGANISASI ANDA

Kategorikan BYOD di syarikat/organisasi anda berdasarkan pendekatan majikan terhadap dasar/polisi syarikat/organisasi, keselamatan, pelan pembayaran balik dan penggunaan perisian pengurusan peranti mudah alih (MDM - mobile device management). Tiga senario yang biasa dalam persekitaran kerja BYOD adalah EMAS (Kuat, dasar/polisi yang paling ketat), PERAK (beberapa dasar/polisi sahaja), GANGSA (terhad atau tiada dasar/polisi) dan menggunakan kategori-kategori ini untuk menerangkan faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi pengalaman dalam mengamalkan trend BYOD.


Sebagai contoh, jika syarikat/organisasi mempunyai dasar BYOD yang kukuh dan kuat, pengguna akan dibayar balik sepenuhnya untuk membawa peranti sendiri ke pejabat dan syarikat/organisasi menggunapakai perisian pengurusan peranti mudah alih (MDM - mobile device management), pengguna mungkin akan menggunakan nasihat kategori EMAS. Sebaliknya jika pengguna tidak menerima apa-apa imbuhan (wang saku atau elaun) untuk membawa sendiri peranti ke pejabat, syarikat/organisasi anda tidak mempunyai sebarang dasar BYOD dan tidak menggunakan perisian MDM, adalah lebih kepada kategori GANGSA yang tiada sebarang pendekatan atau insentif.


Apakah Tahap BYOD Organisasi?Syarikat Anda Bekerja?
Tentukan samada ianya EMAS, PERAK atau GANGSA.

Pertimbangkan contoh-contoh berikut untuk membantu menentukan kategori yang sesuai dengan keadaan di syarikat/organisasi:



EMAS

• Dasar Kerja: Dasar/Polisi BYOD
• Keselamatan Penguatkuasaan Dasar: Kuat
• Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM): Ya/Ada
• Kos Pampasan Bulanan Smartphone: Baik
• Penggunaan Peranti Sendiri Dalam Kerja Harian: Meluas
(kebanyakan aktiviti yang sering digunakan adalah dalam talian)



PERAK

• Dasar Kerja: Beberapa dasar digunapakai
• Keselamatan Penguatkuasaan Dasar: Berbeza-beza
• Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM): ): Minimum, boleh sync dengan Microsoft Exchange
• Kos Pampasan Bulanan Smartphone: Sebahagian, kadang-kadang
• Penggunaan Peranti Sendiri Dalam Kerja Harian: Bercampur aduk
(e-mel, melayari internet, dan melibatkan beberapa aplikasi)




GANGSA
• Dasar Kerja: Tiada dasar BYOD
• Keselamatan Penguatkuasaan Dasar: Berbeza-beza
• Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM): Tiada untuk peranti peribadi
• Kos Pampasan Bulanan Smartphone: Tiada
• Penggunaan Peranti Sendiri Dalam Kerja Harian: Secara umumnya penggunaan biasa sahaja
(e-mel sahaja)




Hakcipta terpelihara ©2013 by Daniel J. Lohrmann
Artikel ini diambil dari laman blog computerworld.com/ dan diterjemah sepenuhnya mengikut kefahaman Admin - Nor Fitri Bakri

0 comments:

Catat Ulasan