BYOD - Senarai Peranti (Device)

Antara peranti (device) yang dikategorikan dalam BYOD.

Trend BYOD di Malaysia

Trend BYOD di Malaysia Bahagian Pertama

Gabungan Logo daripada BYOD (credit fotolia.com) dan juga Logo 1 Malaysia

Trend BYOD di Malaysia

Trend BYOD di Malaysia Bahagian Kedua

Organisasi yang terlibat - HP Malaysia, SAMSUNG Malaysia Electronics, IKS, PKS dan ECS ICT Bhd.

HUT TUDM KE 55 TAHUN 2013

PENGUASAAN TEKNOLOGI TERAS KEUPAYAAN - Pelbagai acara rasmi telah dirangka seperti Majlis Tahlil dan Doa Selamat pada 29 Mei 13, Istiadat Perbarisan pada 7 Jun 13, Khutbah Jumaat pada 7 Jun 13 dan Majlis Makan Beradat pada 15 Jun 13.

JTMK - Sekarang dikenali sebagai BTMK

Dikenali sebagai JTMK (Jabatanarah) dan kemudiannya ditukar menjadi CTMK (Cawang) sebelum kekal menjadi BTMK (Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi) pada tahun 2011 dibawah pimpinan AKS KOMLEK.

Ahad, 9 Jun 2013

KATEGORI BYOD DI SYARIKAT/ORGANISASI

KATEGORI BYOD DI SYARIKAT/ORGANISASI ANDA

Kategorikan BYOD di syarikat/organisasi anda berdasarkan pendekatan majikan terhadap dasar/polisi syarikat/organisasi, keselamatan, pelan pembayaran balik dan penggunaan perisian pengurusan peranti mudah alih (MDM - mobile device management). Tiga senario yang biasa dalam persekitaran kerja BYOD adalah EMAS (Kuat, dasar/polisi yang paling ketat), PERAK (beberapa dasar/polisi sahaja), GANGSA (terhad atau tiada dasar/polisi) dan menggunakan kategori-kategori ini untuk menerangkan faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi pengalaman dalam mengamalkan trend BYOD.


Sebagai contoh, jika syarikat/organisasi mempunyai dasar BYOD yang kukuh dan kuat, pengguna akan dibayar balik sepenuhnya untuk membawa peranti sendiri ke pejabat dan syarikat/organisasi menggunapakai perisian pengurusan peranti mudah alih (MDM - mobile device management), pengguna mungkin akan menggunakan nasihat kategori EMAS. Sebaliknya jika pengguna tidak menerima apa-apa imbuhan (wang saku atau elaun) untuk membawa sendiri peranti ke pejabat, syarikat/organisasi anda tidak mempunyai sebarang dasar BYOD dan tidak menggunakan perisian MDM, adalah lebih kepada kategori GANGSA yang tiada sebarang pendekatan atau insentif.


Apakah Tahap BYOD Organisasi?Syarikat Anda Bekerja?
Tentukan samada ianya EMAS, PERAK atau GANGSA.

Pertimbangkan contoh-contoh berikut untuk membantu menentukan kategori yang sesuai dengan keadaan di syarikat/organisasi:



EMAS

• Dasar Kerja: Dasar/Polisi BYOD
• Keselamatan Penguatkuasaan Dasar: Kuat
• Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM): Ya/Ada
• Kos Pampasan Bulanan Smartphone: Baik
• Penggunaan Peranti Sendiri Dalam Kerja Harian: Meluas
(kebanyakan aktiviti yang sering digunakan adalah dalam talian)



PERAK

• Dasar Kerja: Beberapa dasar digunapakai
• Keselamatan Penguatkuasaan Dasar: Berbeza-beza
• Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM): ): Minimum, boleh sync dengan Microsoft Exchange
• Kos Pampasan Bulanan Smartphone: Sebahagian, kadang-kadang
• Penggunaan Peranti Sendiri Dalam Kerja Harian: Bercampur aduk
(e-mel, melayari internet, dan melibatkan beberapa aplikasi)




GANGSA
• Dasar Kerja: Tiada dasar BYOD
• Keselamatan Penguatkuasaan Dasar: Berbeza-beza
• Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM): Tiada untuk peranti peribadi
• Kos Pampasan Bulanan Smartphone: Tiada
• Penggunaan Peranti Sendiri Dalam Kerja Harian: Secara umumnya penggunaan biasa sahaja
(e-mel sahaja)




Hakcipta terpelihara ©2013 by Daniel J. Lohrmann
Artikel ini diambil dari laman blog computerworld.com/ dan diterjemah sepenuhnya mengikut kefahaman Admin - Nor Fitri Bakri

CABARAN UTAMA BYOD

CABARAN UTAMA DALAM PELAKSANAAN BYOD

Membawa sendiri peranti mudah alih (BYOD) merupakan satu fenomena yang sebenarnya boleh mengganggu gugat urusan seharian sesebuah syarikat/organisasi apabila pekerja atau kakitangannya membawa sendiri sebarang peranti bersama perisian yang bukan kepunyaan syarikat/organisasi kemudian menghubungkan peranti tersebut menggunkaan saluran (internet, LAN, WAN) syarikat/organisai - tanpa rasa akauntibiliti dan juga pengawasan.

Tahukah Anda?
70% daripada pekerja profesional mudah alih akan menjalankan kerja mereka menggunakan peranti pintar milik peribadi menjelang 2018.

BYOD memaksa syarikat/organisai berhadapan dengan 3 cabaran utama operasi iaitu:-


1. TADBIR URUS DAN PEMATUHAN (GOVERNANCE & COMPLIANCE)

BYOD akan menyebabkan pekerja/kakitangannya melanggar undang-undang, polisi/dasar, hak intelektual dan lain-lain keperluan dalam sesuatu pekerjaan atau perniagaan pada keadaan yang kritikal. Beberapa cadangan daripada Gartner boleh dipertimbangkan untuk membantu agar perjalanan operasi organisasi dan perniagaan syarikat berjalan dengan lancar.

Amalan terbaik :
Pengurusan Berganda - Menetapkan terma baru iaitu hanya membenarkan sekurang-kurangnya 3 peranti, mungkin sehingga 4 atau 5 sahaja. BYOD tidak bermaksud bahawa syarikat/organisasi menyekat & berhenti menyokong pengguna membawa peranti sendiri ke pejabat. Namun adalah lebih baik jika pihak atasan sendiri yang mengeluarkan kenyataan (memo atau surat pekeliling) bahawa mereka boleh melakukan kerja-kerja pejabat daripada sistem/peranti peribadi.

Persoalannya :
Mampukah meja bantuan (help desk) bersedia untuk menangani sebarang isu yang bakal timbul dengan kepelbagaian jenis peranti yang digunakan oleh pekerja/kakitangan syarikat/organisasi?

Risiko :
Bagaimana nanti syarikat/organisasi akan menangani masalah kebocoran data (data leakage)?
Bagaimana untuk mengelakkan atau menghentikan sebarang bencana daripada berlaku?
Bagaimana untuk menjawab soalan-soalan daripada juruaudit jika maklumat syarikat/organisasi dikompromi secara terbuka?

Mengawal :
Apakah tahap risiko yang boleh syarikat/organisasi elakkan dan adakah usaha itu akan menggangu gugat peengalaman dan juga produktiviti kerja perkerja/kakitangannya?



2. PENGURUSAN PERANTI MUDAH ALIH (MOBILE DEVICE MANAGEMENT)

Amatlah perlu untuk menguruskan jangkaan perkembangan tenaga kerja yang semakin meningkat di sekitar mobiliti atau mudah alih. Perkerja/Kakitangan menggunakan pelbagai peranti dan mereka mengharapkan untuk menggunakan mana-mana peranti atau aplikasi tersebut pada bila-bila masa di mana sahaja.

Apakah startegi yang akan syarikat/organisasi gunakan untuk menguruskan pencerobohan pada peranti mudah alih? Perlu bagi syarikat/organisasi membantu menguruskan kos dan risiko, memenuhi matlamat syarikat/organisasi dalam masa yang sama memastikan pekerja/kakitangan mereka gembira. Satu arahan yang amat rumit untuk dilaksanakan. Namun jangan sesekali membiarkan permintaan tenaga kerja mobiliti mengatasi keupayaan syarikat/organisasi.

Jangkaan daripada pengguna :
Kini segalanya lebih berpihak pada Pengguna IT. Bolehkah syarikat/organisasi mencari jalan untuk menetapkan peraturan bagi konfugirasi BYOD tanpa mengecewakan pengguna yang mempraktikkanya?


Kos :
Berapa banyak wang yang perlu syarikat/organisasi sediakan untuk pelaburan IT baru bagi menyokong program-program BYOD?
Bagaimana pula kawalan terhadap kos tersebut?

Alat :
Cara yang fleksible untuk semua. Adakah alat yang ada diluar sana didapati boleh untuk menguruskan dan menjamin aset-aset maklumat syarikat/organisasi dibawah program BYOD?
Berapa banyak alat yang diperlukan?
Bolehkan syarikat/organisasi mengitar semula semua alatan PC (personal computer)?
Perlukah mengambil jalan keluar dengan mengamalkan "honor system"?

*"Honor system" atau sistem kejujuran adalah cara falsafah dalam menjalankan pelbagai usaha berdasarkan kepercayaan, kehormatan, dan kejujuran. Sesuatu yang beroperasi di bawah pemerintahan "honor system" biasanya sesuatu yang tidak dikuatkuasa dengan tegas atau ketat yang mengawal prinsip-prinsipnya. Dalam bahasa Inggeris British, ia kerap dipanggil "trust system" dan tidak harus dikelirukan dengan sistem Kepujian British (British honours system).

"Honor system" satu sistem yang memberikan kebebasan dari pengawasan biasa (untuk pelajar atau banduan) dengan pemahaman bahawa mereka dibebaskan akan terikat dengan kehormatan mereka untuk berpegang pada peraturan-peraturan (contohnya ladang-ladang penjara (USA) dikendalikan di bawah sistem penghormatan), dan oleh itu mereka tidaklah boleh menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberikan.

(sumber Wikipedia)



3. KESELAMATAN (SECURITY)
Sekiranya dibiarkan tanpa diurus, BYOD boleh membawa kepada kehilangan kawalan, memberi kesan kepada rangkaian yang sedia ada malah boleh menyebabkan kehilangan data. Syarikat/Organisasi memerlukan strategi hak akses pada rangkaian dan juga polisi/dasar yang jelas untuk melindungi persekitaran kerja di tempat kerja.

Kunci utama kepada penggunaan peranti mudah alih yang selamat adalah dengan mempunyai pengurusan peranti yang baik dan cekap.
Bagaimanakah untuk mendapatkan persekitaran kerja yang selamat?
Berapa banyakkah pengurusan yang dikategorikan sebagai mencukupi?

Kebocoran Data :
Kehilangan maklumat sensitif sudah pasti akan berlaku. Bagaimana untuk memastikan bahawa data syarikat/organisasi berada ditempat yang betul pada masa yang betul, sudahkan ia disulitkan (encrypted)? dan adakah maklumat dihapuskan mengikut peratuaran yang telah ditetapkan oleh syarikat/organisasi?

Perlindungan Rangkaian :
Patch dikeluarkan, identiti dan pengurusan audit serta banyak lagi.
Apakah kawalan akses yang perlu untuk memastikan peranti manakah yang boleh membuka VPN (Virtual private network) atau disambungkan pada WiFi syarikat/organisasi?
Adakah dibolehkan meletakkan peranti yang tidak terurus dengan lengkap bebas berada dalam LAN (Local Area Network) syarikat/organisasi?

Peranti Dicuri :
Peranti mudah alih amat mudah untuk hilang. Statistik kehilangan dan kecurian amatlah tinggi dan ianya tidak terhad pada mereka yang kerap melancong sahaja. Peranti yang dicuri tersebut berada pada risiko sekiranya kata laluan (password) agak lemah dan juga sistem perlindungan OS (Operating System) yang mudah diceroboh.


Cabaran-cabaran yang dinyatakan oleh Gartner lebih kepada persekitaran kerja di Amerika Syarikat, namun adalah tidak mustahil untuk diamalkan di Malaysia. Sedikit pengubahsuaian boleh dibuat mengikut cara kerja, situasi dan keadaan semasa syarikat/organisasi masing-masing. Persoalannya, mampukah Malaysia mengamalkan sistem kerja terbuka amalan BYOD namun menyekat sedikit kebebasan fungsi kepenggunaan peranti mudah alih pekerja/kakaitanganya?





Artikel ini diambil dari laman web GARTNER dan diterjemah sepenuhnya mengikut kefahaman Admin - Nor Fitri Bakri

TUJUH TIP PENGURUSAN BYOD

TUJUH TIP PENGURUSAN BYOD


MENGURUSKAN BYOD

Tujuh tips untuk menguruskan program BYOD yang adalah antara yang dikenal pasti oleh Unisys. Sama ada perancangan anda membolehkan pengguna akhir (end user) untuk membawa peranti meraka sendiri bagi melaksanakan urusan kerja atau hanya dalam perancangan sahaja, syrikat/organisasi itu masih memerlukan pelan pengurusan. Tiada dalam lipatan sejarah apabila variasi sejumlah peranti telah dibawa masuk ke dalam Syarikat/Organisasi, sama ada melalui pintu depan atau mengikut pintu belakang. Oleh sebab itu warga kerja Unisys telah menyediakan 7 senarai tip untuk membantu Pengurus-pengurus IT dalam mengekang kebebasan BYOD di tempat kerja.

1. MERANGKA RANCANGAN MASA HADAPAN

Membangunkan pelan tindakan dan hala tuju, membuat keputusan terlebih dahulu berkenaan peranti yang manakah benar-benar mampu dan boleh memberikan fungsi serta peranan dalam aktiviti serta tugas seharian layak dibawa masuk ke dalam syarikat/organisasi.



2. MENENTUKAN DASAR/POLISI HAK AKSES

Menentukan apa yang pengguna akhir perlu lakukan untuk mendapatkan akses pada maklumat korporat syarikat/organisasi pada peranti mereka - contohnya, bersetuju untuk meletakkan kata laluan (password) sebagai pra-syarat untuk mendapat akses maklumat-maklumat syarikat/organisasi. Disarankan sebelum memulakan dasar/polisi hak akses ini adalah dengan melihat serta merujuk kembali dasar/polisi berkenaan PC (personel computer) korporat yang sedia ada.



3. MENENTUKAN SALURAN SOKONGAN ANDA

Adakah syarikat/organisasi akan menawarkan kaunter atau meja bantuan (help desk), atau adakah syarikat/organisasi mahu memberikan tumpuan kepada saluran alternatif lain seperti laman sesawang (web), atau hanya bergantung pada laman-laman blog dan sumber Wikipedia?

Adakah syarikat/organisasi akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada semua jenis dan peranan kerja? atau

Adakah syarikat/organisasi ingin membahagikan dan mengklasifikasikan sokongan bantuan mengikut jenis kumpulan – contohnya kumpulan yang berperanan dalam menjana hasil pendapatan syarikat/organisasi adalah layak untuk semua jenis sokongan, namun peranan bagi sokongan jenis kumpulan yang lain adalah terhad.



4. MENENTUKAN TINGKAH LAKU YANG DIBENARKAN

Sebagai contoh, pengguna telefon bimbit hanya akan dibenarkan untuk memuat turun (download)/ edit fail atau akan terhad kepada dibenarkan membaca atau melihat sahaja (read or view only)?



5. MEMANTAU DATA

Menyepadukan sokongan meja bantuan (help desk) untuk semua peranti, syarikat/organisasi boleh mengumpul maklumat mengenai apa yang berlaku kepada pengguna akhir (end user). Contohnya, adakah kemas kini terbaru iOS daripada Apple membantu meningkatkan atau mengurangkan produktiviti?
Saluran sokongan bersepadu membolehkan pihak syarikat/organisasi memahami dan menghasilkan sebarang proses-proses melibatkan pampasan dan juga boleh menyesuaikannya untuk diadaptasi pada masa akan datang.

Syarikat/Organisasi yang lebih besar tentu mahu menggabungkan alat pengurusan peranti mudah alih mereka untuk membantu mengerahkan pemantauan dasar/polisi, peranti mengumpul segala maklumat dan pada masa yang sama juga laporan mengenai ketidakpatuhan diperolehi.



6. MENGKAJI PEMATUHAN DASAR DENGAN KERAP

Mengadakan post-mortem ke atas data meja bantuan (help desk) setiap enam bulan sekali.
Adakah peranti telah di jailbroken?
Adakah maklumat korporat selamat?
Pernahkah pengguna melanggar dasar/polisi yang telah disediakan?
Mengkaji semua aktiviti peranti dan menyesuaikannya dengan dasar/polisi mengikut kesesuaian semasa.

*jailbreak - Jika di platform Android kita mengenalinya sebagai Root, namun di iOS kita menggelarkannya sebagai Jailbreak. Jailbreak bermaksud menghilangkan batas-batas iOS, dan ianya membolehkan pengguna mengubah suai sistemnya. Dengan kata lain, selepas sesebuah peranti yang berplatformkan iOS telah di jailbreak, pengguna bebas untuk membuat apa sahaja yang sebelum ini dibataskan oleh sistem. (sumber mytetikus.com)



7. MENJADI PROAKTIF DALAM MEMBANTU PENGGUNA ANDA

Jangan tergolong dan menjadi antara mereka yang selalu mengatakan "TIDAK" sepanjang masa. Jadilah mereka yang boleh mengatakan "YA!". Fahami kekangan yang dialami oleh pengguna-pengguna di Syarikat/Organisasi masing-masing. Pihak atasan tidak akan tahu masalah yang mereka iaitu pengguna alami sehinggalah mereka berada atau mengalami situasi yang sama.



Maklumat ini diambil dari laman web IT Business Edge dan diterjemah sepenuhnya mengikut kefahaman Admin - Nor Fitri Bakri


Isnin, 3 Jun 2013

TREND BYOD DI MALAYSIA - Bahagian Kedua

Pengaruh BYOD tidak hanya tertumpu pada syarikat-syarikat beteraskan IT sahaja, kini ia menular ke segenap lapisan industri di Malaysia. PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) kini membenarkan pekerjanya membawa peranti sendiri seperti komputer riba (laptop) dan tablet untuk mengakses kerja pejabat. Kesempatan ini diambil oleh HP Malaysia dengan mengeluarkan peranti yang mampu menghubungkan ramai pengguna untuk mengakses internet dalam satu masa serentak malah terjamin keselamatannya.

Menurut Raymond Ooi iaitu Pengurus Rangkaian Komputer Hewlett Packard Malaysia (Networking Country Manager), trend BYOD memerlukan pengurusan internet yang cekap dan efisien. Beliau juga menyatakan bahawa konfigurasi capaian internet dan titik capaian (access point) perlu serasi manakala keselamatan BYOD menerusi WiFi perlu dikawal.


Raymond Ooi memegang HP M220


HP M220 802.11n (Access Point Series)

Berdasarkan trend BYOD yang semakin menular di Malaysia, HP memperkenalkan peranti titik capaian jenis HP M220 yang mudah diurus dan berkos efektif sesuai untuk IKS di Malaysia. Tidak hanya fokus kepada pasaran IKS (Industri Kecil dan Sederhana), peranti keluaran HP ini juga mensasarkan pada pengusaha kafe, restoran dan peruncitan yang menawarkan WiFi kepada pelanggan mereka dengan kawalan keselamatan terjamin.


Setakat hari ini hanya beberapa organisasi swasta dan kerajaan yang mendedahkan bahawa penggunaan BYOD telah dipraktikkan dalam menjalankan tugas harian warga kerjanya. Dijangkakan akan ramai lagi organisasi yang akan turut serta mengamalkan trend ini di pejabat khususnya Kementerian Pertahanan. Ia sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos pengeluaran gadget terbaru dan pelupusan gadget yang sudah ketinggalan zaman.



Sumber:-
Info
Harian Metro


Gambar
hardwarezone.com
HP M220-802.11n (Access Point Series)

Ahad, 2 Jun 2013

TREND BYOD DI MALAYSIA - Bahagian Pertama


Trend BYOD (Bring Your Own Device) atau dalam bahasa melayu "bawa sendiri peranti anda" semakin berkembang pesat dengan kehadiran dan lambakan peranti-peranti mudah alih IT (Telefon Pintar, Tablet dan Komputer Riba) yang kini semakin mampu dimiliki.

Konsep BYOD sememangnya sudah mula menjadi trend di beberapa organisasi IT terutamanya di negara-negara membangun, malah trend ini dipercayai akan semakin luas pengaruhnya khususnya di Malaysia. Kesan daripada pengaruh BYOD di Malaysia telah menarik minat ECS ICT Bhd (ECSB - Engineering Computer Service) yang merupakan sebuah syarikat berstatus MSC bekerjasama dengan SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat itu telah memeterai satu perjanjian pengedaran perniagaan dengan perniagaan (B2B - Business to Business). ECS ICT Bhd dan juga SME Sdn Bhd menyatakan bahawa penggunaan peranti pintar bagi tujuan B2B semakin meningkat didalam korporat Malaysia. Malah wakil daripada ECS menambah bahawa trend BYOD telah mengubah cara pendekatan perusahaan dan pergerakan tenaga kerja masing-masing yang menggalakkan lebih banyak corak berorientasikan pelanggan dan pengurusan nilai.

Jadual dibawah menunjukkan peningkatan dari segi perbelanjaan terhadap produk mudah alih di Malaysia dan juga peningkatan terhadap penggunaan peranti mudah alih yang juga diklasifikasikan sebagai peranti BYOD.


PERBELANJAAN DIJANGKA MENINGKAT TERHADAP
PRODUK MUDAH ALIH DI MALAYSIA

TAHUN JUMLAH PERBELANJAAN PENINGKATAN
2013 US$ 4.6 Billion 20.6%
2016 US$ 5.5 Billion
Data berdasarkan International Data Corporation (Syarikat Penyelidikan Pasaran ICT)



PENINGKATAN PENGGUNAAN PERANTI BYOD
PERANTI JUMLAH PERATUSAN PENINGKATAN
Telefon Pintar (Smartphone) 73% Dalam Jangka masa 3 bulan (2013)
Komputer Tablet 48%
Telefon Pintar (Smartphone) 47% Sehingga Pertengahan Jun 2012
Komputer Tablet 14%
Data berdasarkan Data Kerajaan Malaysia


Sumber:-
Artikel BERNAMA daripada Yahoo! Malaysia News - 9 April 2013